100 Juta Pokok Ditanam Mulai 21 Mac, Pulih Biodiversiti Negara – Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR-
Kerajaan bersetuju memulakan program membaik pulih kawasan merosot di seluruh Malaysia dengan menanam semula 100 juta pokok mulai tahun ini hingga 2025 dalam usaha memulihara kepelbagaian biologi dan perkhidmatan ekosistem negara.

 Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataan berkata program itu akan dilancarkan pada 21 Mac ini dan kementerian mengalu-alukan penyertaan dan sokongan padu daripada sektor perniagaan dan swasta untuk menjayakannya.

Xavier menyampaikan perkara itu dalam ucaptamanya pada Forum Kepelbagaian Biologi Untuk Sektor Perniagaan dan Swasta yang diadakan buat pertama kali, di sini semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here