Kenaikan Harga Bawang Sehingga RM24 Sekilogram Disiasat – Menteri

GEORGE TOWN –

Di Pulau Pinang harga  bawang India naik mendadak melonjak tinggi sehingga RM24. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat punca kenaikan harga bawang di Pulau Pinang yang melonjak.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah mengarahkan pegawai kementerian untuk mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 terhadap setiap rantaian bekalan itu.

Menurutnya, notis itu dikeluarkan adalah bagi membolehkan siasatan yang mengkehendaki peruncit mendedahkan daripada mana mereka mendapat bekalan dan juga harganya.

Jadi, dengan pemberian notis ini, kami akan mendapat tahu punca berlakunya kenaikkan harga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan TF Value-Mart, di sini.

Beliau berkata kebanyakan rakyat Malaysia lebih menggemari bawang daripada India dan perkara itu menyebabkan harga bawang sentiasa turun naik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here