Pemandu Van Maut, Empat Pemain Badminton Termasuk Kento Momota Cedera Ringan

KUALA LUMPUR –

Seorang pemandu van maut manakala empat pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia Kento Momota cedera dalam perlanggaran membabitkan sebuah van dan lori di Km13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi, van dipandu Bavan a/l Nageswarau yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata pemandu van yang tersepit itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala keempat-empat penumpang cedera ringan.

Selain Momota, mereka yang cedera adalah Hirayama Yu; Morimoto Arkifuki serta pemain badminton England, William Thomas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here