Beliau menjelaskan sebarang isu berkaitan peralihan kuasa akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Perkara peralihan kuasa akan diputuskan apabila empat parti bersama (dalam Majlis Presiden PH) sama ada mereka mahu saya pergi (serah jawatan) atau sebaliknya.
“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi sekarang, saya akan pergi sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa wakil rakyat daripada PKR yang mencadangkan Mei ini sebagai tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.