“Kita telah mengkaji semua tawaran yang dibuat oleh sektor swasta dan juga oleh Khazanah dan pada akhirnya, kita memutuskan bahawa cara terbaik bukan untuk menjual PLUS kepada sesiapa tetapi untuk mengekalkannya dengan Khazanah dan KWSP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur di ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB), di sini hari ini.
“Mereka perlu mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus tetapi harus di ingat bahawa 18 peratus ini ditetapkan pada kadar hari ini yang bermakna dalam masa 30 tahun, kadar tol akan sangat rendah,” katanya.
Khazanah memiliki kepentingan 51 peratus dalam PLUS manakala KWSP memegang baki 49 peratus.
Dr Mahathir berkata pengurangan 18 peratus akan bermula pada tahun ini tetapi tidak memberikan butiran.