ADUN Gadek mengaku tidak bersalah beri sokongan kepada LTTE

KUALA LUMPUR –

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE menggunakan aplikasi Facebook.

G. Saminathan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

“Minta dibicarakan,” kata Saminathan selepas Hakim Muhammad Jamil bertanya sama ada dia mengaku bersalah ataupun minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

Dia didakwa telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama “Gsami Nathan Siva“ di Pejabat Pegawai, Bahagian E8 (M) Cawangan Khas, Bukit Aman di sini pada 9.30 malam, 8 Okt 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here