Sebar berita palsu Koronavirus: PDRM, MCMC beri amaran tindakan tegas

KUALA LUMPUR –

Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita palsu mengenai penularan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV).

Amaran itu dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menyatakan perbuatan itu boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara.“PDRM dan MCMC mengambil serius akan perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran kepada orang awam,” menurut PDRM dan MCMC dalam satu kenyataan bersama semalam.

Dalam pada itu, PDRM dan MCMC telah mengenalpasti empat individu bagi membantu siasatan penyebaran berita palsu berkaitan dengan Koronavirus.

Pemantauan dua pihak itu juga mendapati media sosial dan pesanan dalam talian telah menjadi satu platform utama bagi penularan berita palsu mengenai Koronavirus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here