Pegawai tidak tahu Soosaimanicckam ada borang lapor sakit

IPOH –
Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu pegawai latihan harian tidak mengetahui bahawa pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) J. Soosaimanicckam yang meninggal dunia pada Mei 2018 mempunyai borang lapor sakit.
Pegawai Rancang Kursus, Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI), Nur Suhana Kasim Bakri
berkata pada kebiasaannya, borang lapor sakit diberikan oleh pegawai bertugas semasa taklimat malam kepada mana-mana kadet yang memerlukan rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) pada keesokan hari.
Nur Suhana bagaimanapun berkata ketika mengambil alih tugas selaku jurulatih tambahan pada pagi 19 Mei, beliau tidak dimaklumkan oleh pegawai bertugas sehari sebelum itu mengenai borang lapor sakit Soosaimanicckam.
“Setuju borang lapor sakit diberikan oleh pegawai kepada Soosaimanicckam, tetapi saya tidak dimaklumkan olehnya atau pegawai sebelum saya,” katanya semasa disoal peguam bela keluarga Soosaimanicckam, Zaid Malek.

Nur Suhana yang merupakan saksi ketiga menyambung memberi keterangan pada hari keempat prosiding inkues berhubung kematian Soosaimanicckam pada 1.45 tengah hari, 19 Mei 2018 di 96 HAT, seminggu selepas menjalani latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here