Warga Wilayah Persekutuan kukuhkan hubungan demi kemakmuran negara – Azmin

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  mengucapkan tahniah kepada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini dengan harapan ketiga-tiga wilayah itu akan terus berjaya dan menyumbangkan kepada kemakmuran negara.

Beliau  berharap warga Wilayah Persekutuan akan terus berganding bahu tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama dalam menjadikan wilayah itu sebagai pemacu ekonomi negara untuk kemakmuran bersama.

“Wilayah Persekutuan menyumbang 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) dan pencapaian ini merupakan pengiktirafan kepada warga wilayah yang menyumbang kepada kerancakkan aktiviti ekonomi di negara ini,” katanya dalam catatan di semua platform media sosial rasminya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here