Korban akibat novel koronavirus di China meningkat kepada 812 orang

Jumlah kematian akibat wabak novel koronavirus di China terus menunjukkan peningkatan dengan 812 kes dilaporkan, memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) pada Sabtu lapor agensi berita Anadolu.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 37,198 kes disahkan dan 89 orang meninggal dunia manakala lebih 2,600 kes baharu.

Jumlah mereka yang diletakkan di bawah pemerhatian perubatan meningkat kepada 188,183 dan yang dijangkiti berjumlah 28,942.

Di Hong Kong pula seramai 26 orang disahkan dijangkiti virus maut itu manakala di Macau sepuluh orang.

Novel koronavirus  yang mula dikesan di bandar raya Wuhan dikatakan merebak kepada manusia daripada haiwan, terutama kelawar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here