Koronavirus: 18 positif termasuk tiga pulih sepenuhnya – Dzulkefly

Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Feb.

Semua pesakit yang sedang dirawat iaitu sembilan warga China dan enam rakyat tempatan berada dalam keadaan stabil, katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini 2019-nCoV  di sini hari ini.

Dzulkefly berkata situasi semasa jangkitan koronavirus di Malaysia masih terkawal.

Mengenai kes positif terbaharu itu, beliau berkata 22 individu yang merupakan kontak rapat telah dikesan bagi membendung penularan virus tersebut.

Tiga daripadanya merupakan anggota keluarga lelaki tersebut iaitu ibu, adik dan anak saudaranya manakala baki 19 orang adalah kakitangan kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here