Koronavirus: Lebih 1,800 petugas, sukarelawan siap siaga sepanjang Thaipusam – Penganjur

Pemegang Amanah Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam Batu Caves, Datuk Dr A.T. Kumararajah berkata 24 buah ambulans turut disediakan termasuk sebuah ambulans yang dikhaskan sebagai pusat kuarantin untuk langkah berjaga-jaga.

“Sebuah ambulans ini akan menjadi pusat kuarantin. Sekiranya ada penganut atau pengunjung yang hadir ke kuil menunjukkan gejala dijangkiti koronavirus mahupun influenza-like-illness (ILI), kita akan bawa mereka terus ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan seterusnya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau, yang juga Penyelaras Keselamatan dan Perubatan Sambutan Thaipusam 2020 berkata, selain itu, sebanyak lapan hospital kerajaan antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya dan Hospital Ampang sentiasa dalam mode bersedia untuk menghadapi sebarang kes kecemasan.

Menurutnya, sebanyak 15 agensi terlibat menjadi sukarelawan termasuk ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) selain menjalin kerjasama dengan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here