Hukuman berat terhadap pemandu mabuk – PDRM sokong

SEPANG –

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong keputusan Kabinet untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta secara berbahaya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM berpendirian hukuman sedia ada perlu dipertingkatkan.

“Saya sokong sepenuhnya (hukuman berat). Sekiranya tidak tangani perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab ini, lebih ramai akan menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here