KUALA LUMPUR –
Datuk Seri Anwar Ibrahim cenderung agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan perkara itu akan dimuktamadkan pada 21 Feb.
Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu berkata perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada tarikh berkenaan.
“Saya cenderung agar beliau terus menerajui negara sehingga selesai APEC. Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Malaysia menjadi tuan rumah APEC pada bulan November ini.
Anwar berkata beliau bertemu Dr Mahathir di Putrajaya bagi membincangkan mengenai peralihan kuasa.