Rang undang-undang tubuh Suruhanjaya Harmoni dan Perdamaian

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy berkata suruhanjaya bebas tersebut antara lain akan berperanan mencari jalan perdamaian antara pihak yang bertelagah atau yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama lain, tanpa perlu dibawa kepada tindakan polis.

“Ada sesetengah isu boleh diatasi sekiranya satu pendamaian dilakukan jadi suruhanjaya ini akan bertindak mempunyai kuasa untuk mengadakan perdamaian sama ada pihak-pihak yang bertelagah atau yang menyatakan sesuatu yang mungkin boleh mengguris hati masyarakat lain.

Ditanya mengenai keanggotaannya, Waytha Moorthy berkata suruhanjaya itu akan dianggotai individu-individu yang bebas dan berpengalaman menangani isu perkauman dan agama, serta yang terlibat dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here