Kanak-kanak tercampak di lebuh raya: Dua lelaki didakwa memandu berbahaya

Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar daripada kenderaan, di tengah lebuh raya, awal bulan ini.

Tertuduh, Nabil Hariz Jefridin, 23, dan B. Thayalan, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memandu kereta masing-masing secara berbahaya kepada orang awam di laluan  Ayer Keroh ke Senawang, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada 3.21 petang, 10 Feb lepas.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki bersama keluarga yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan, dalam kejadian di Lebuhraya PLUS berhampiran Senawang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here