Permohonan Ke UA, IPG, politeknik, matrikulasi, ILKA dibuka Isnin ini

Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan permohonan melalui sistem dalam talian itu dibuka menerusi laman sesawang http://upu.moe.gov.my mulai jam 12 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, sebelum mengemukakan permohonan, pemohon wajib membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Feb.

“Pembelian Nombor Unik ID di BSN akan ditutup untuk jualan pada 30 Mac bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala 6 April bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf,” menurut kementerian itu.

Pemohon lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima hari keputusan SPM/STPM diumumkan.

Sistem UPUOnline akan ditutup pada 31 Mac, jam 11.59 malam bagi lepasan SPM dan 7 April, jam 11.59 malam bagi lepasan STPM/ setaraf.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here