Kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Tarikan Pelancong (ATAP) Pulau Pinang melancarkan kempen percutian ke negeri ini dengan menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus ke atas premis pelancongan terpilih.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri Yeoh Soon Hin berkata lebih 20 penggiat industri terlibat dalam kempen itu yang diharap dapat membantu menjana pendapatan sektor pelancongan negeri susulan penularan COVID-19 yang melanda dunia sehingga membataskan pergerakan pelancong untuk melancong ke luar negara.
Kempen yang turut melibatkan kerjasama Penang Global Tourism (PGT) menawarkan potongan istimewa itu bermula dari 15 Mac sehingga 15 Mei ini, katanya.
“Tawaran ini juga dapat dinikmati secara eksklusif oleh penduduk Pulau Pinang yang mempunyai MyKad dengan kod negeri 07, 34 dan 35 atau dengan alamat kediaman Pulau Pinang.