Muhyiddin zahir penghargaan kepada Dr Mahathir

Perdana Menteri merakamkan penghargaan itu semasa menyampaikan ucapan sulungnya bertajuk ‘Rayuan Kepada Rakyat Malaysia’ yang disiarkan stesen-stesen televisyen semalam.

Muhyiddin, yang merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mengasaskan parti itu pada 2016  bersama-sama Dr Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu.

Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh setelah menerajui Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu merangkumi Bersatu, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) memenangi pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.

Namun Dr Mahathir meletakkan jawatan utama kerajaan pada 24 Feb sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari yang sama.

Berikutan krisis kepimpinan negara yang berlanjutan hampir seminggu itu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada hari Ahad lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here