Baki 29 bahagian bersatu bersidang awal April

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Baki 29 daripada 189 bahagian Bersatu diarah meneruskan persidangan masing-masing mulai 1 hingga 7 April depan, kata Setiausaha Agung parti Datuk Marzuki Yahya.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytihar oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac lepas bagi mengekang penularan COVID-19.

“Arahan ini masih tertakluk kepada pengumuman dan perkembangan selanjutnya yang akan dibuat oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

“JPP perlu mengambil langkah-langkah pencegahan sewajarnya mengenai wabak ini semasa mengendalikan persidangan bagi semua bahagian yang terlibat”, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here