Pharmaniaga beroperasi seperti biasa

SHAH ALAM, 18 Mac – Pharmaniaga Berhad memberi jaminan bekalan ubat-ubat ke semua hospital dan klinik kerajaan tidak terganggu dan beroperasi seperti biasa.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Farshila Emran, dalam kenyataan berkata anak syarikat milik penuhnya, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB), akan terus menyediakan penghantaran ubat-ubatan dari pintu ke pintu tepat pada masanya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan di seluruh negara.

Kami bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dalam memantau keadaan dan mematuhi perintah kawalan pergerakan untuk membendung penularan COVID-19 di negara ini.

Kami memberi jaminan bahawa kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai, selaras dengan slogan kami “Passion for Patients”,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here