Pusat peranginan, pulau dan hotel Terengganu ditutup – Menteri Besar

KUALA TERENGGANU, 18 Mac – Semua pusat peranginan, pulau-pulau serta hotel di Terengganu ditutup selama dua minggu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata rakyat perlu patuh dengan arahan kerajaan dan tidak menjadikan tempoh dua minggu ini sebagai waktu untuk bercuti serta bersantai di hotel-hotel bersama keluarga.

“Jadi, janganlah mementingkan diri dan bercita-cita mengambil tempoh dua minggu ini untuk pergi ‘bercuti’ dan sebagainya”, katanya.

“Untuk tempoh ini duduklah di rumah masing-masing dan tidak menjadikan kepulangan kampung kali ini seperti tempoh bercuti hari raya,” jelasnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here