Kebaikan dan keburukan bekerja dari rumah

SHAH ALAM, 19 Mac – Arahan bekerja dari rumah yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac dilihat mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

Pekerja syarikat perkhidmatan perkapalan di Klang, Nurnasha Edrinanieza Mohammed, 24, berkata bekerja dari rumah bukan perkara baharu baginya namun tempoh masa dua minggu yang diarahkan oleh kerajaan mungkin ‘mengganggu’ sedikit proses kerjanya. Apa yang sukar adalah apabila mesyuarat terpaksa dilakukan secara dalam talian.

Pereka grafik swasta, Shah Alam, Muhammad Wahyu Mohd Aini, 25, berkata walaupun teruja kali pertama bekerja dari rumah namun khuathir tumpuannya pada kerja boleh terganggu. Namun, kelebihannya sudah pasti saya tidak perlu tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja.

Lain pendapatnya adalah, pekerja syarikat perisian komputer di Bukit Tinggi, Klang, Farhan Rahim, 24, yang melihat selain arahan bekerja dari rumah dapat mengekang penularan COVID-19, ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan serta kos pengangkutan.

Perintah kawalan yang dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here