Kebajikan mahasiswa dijaga baik

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Pihak universiti awam menjaga kebajikan mahasiswa mereka yang berada di kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan hingga 31 Mac.

Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Datuk Dr Wahid Razzaly berkata kita sudah tentu memberi jaminan kebajikan mahasiswa.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memainkan peranan yang penting misalnya, menyediakan makanan berbentuk take away dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata segala aspek kebajikan mahasiswa sama ada kesihatan mahupun keselamatan akan dijaga selagi mereka berada di dalam kampus.

“Mereka seharusnya mengikuti saranan seperti dalam perutusan Perdana Menteri dan juga nasihat daripada Kementerian Kesihatan untuk tetap berada di dalam kampus dan tidak digalakkan untuk balik ke kampung buat sementara tempoh “, katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here