Laporan palsu buat semburan disinfeksi COVID-19 oleh tentera helikopter – ATM

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Tiada helikopter tentera khas yang digunakan untuk membuat semburan disinfeksi COVID-19 di udara seperti yang tular di media sosial, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Affendi Buang.

Beliau berkata berita yang tular di media sosial itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara dalam kenyataan meminta orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

Menurut kenyataan itu, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mesej berita palsu yang tular dalam media sosial ialah “Anda mesti berada di dalam rumah selepas jam dua belas malam dan keluarkan (ambil) semua pakaian yang berada di luar apabila anda mendengar bunyi pesawat pada waktu malam, anda tahu bahawa ia berkaitan dengan perkara ini (COVID-19) berlaku di Malaysia. Please memaklumkan jika anda mempunyai keluarga dan rakan-rakan di Malaysia”.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here