Pencemaran bau berpunca kilang selenggera mesin dan jentera – Sungai Selangor

SHAH ALAM, 19 Mac  – Sebuah kilang menyelenggara mesin dan jentera menjadi punca insiden pencemaran bau di Sungai Selangor pada Selasa lepas.

Pencemaran bau itu menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor iaitu LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang dihentikan operasinya kira-kira tiga jam pada hari sama.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa kilang di Taman Industri Integrasi, Rawang itu gagal menjalankan penstoran sisa minyak yang melibatkan buangan terjadual mengikut syarat ditetapkan di kawasan premis terbabit.

LUAS memaklumkan, pihaknya meletakkan Activate Carbon di Sungai Gong berhampiran kilang berkenaan bagi mengawal pencemaran bau yang dianggarkan sekitar satu tan.

Sehubungan itu, LUAS bersama agensi berkaitan turut membuat pemantauan rapi dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada lagi LRA dihentikan operasinya bagi mengelakkan penyaluran bekalan air kepada pengguna terjejas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here