RIYADH, 20 Mac – Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran masjidil haram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran koronavirus (COVID-19).
Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran luar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bermula Jumaat ini.
Sebelum ini, Arab Saudi menggantung semua solat jemaah di masjid-masjid lain di negara itu kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Setakat ini, negara itu melaporkan sebanyak 274 kes yang disahkan positif COVID-19.