Dah hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari ketiga dan diharap orang ramai lebih akur dengan arahan itu bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Kesedaran tentang pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan perlu ditingkatkan kerana terdapat masih ramai yang tidak mempedulikannya dan ada yang masih bersantai di kedai makan dan tidak kurangnya mengambil kesempatan tempoh 14 hari yang diberikan untuk membawa keluarga bercuti dan balik ke kampung.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai bahawa kerajaan mungkin terpaksa menggunakan khidmat anggota tentera jika masih ramai yang enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan itu.

“Setakat hari ini, pihak polis telah mengambil tindakan berhemah dengan menasihati sahaja dan sekiranya pematuhan ini masih tidak meningkat, saya percaya pihak polis terpaksa mengenakan tindakan yang lebih tegas lagi,” kata Ismail Sabri.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here