Polis bertindak tegas dalam Perintah Kawalan Pergerakan

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Tindakan tegas di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan (KK), akan digunakan pada orang awam yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

Beliau berkata jika terdapat mana-mana individu yang ingkar, polis akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka atau melawan arahan penjawat awam yang bertugas.

Katanya setakat ini pihaknya tidak menahan orang awam, kerana mereka memberikan kerjasama yang baik kepada polis.

“Buat masa ini kita hanya memberi nasihat kepada orang ramai, bahawa mereka perlu berada di rumah sepanjang masa,” kata Mazlan.

Pihak polis juga memberi nasihat dan arahan tutup kedai kepada yang tidak terkandung dalam pengecualian Perintah Kawalan Pergerakan, melalui rondaan kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Pasukan jenayah juga turut membuat pemeriksaan di pusat hiburan dan pusat urut berlesen, agar premis ini patuh larangan beroperasi dalam tempoh 18 hingga 31 Mac,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here