‘Jangan berisfat degil dan patuh arahan PKP’ – Raja Perlis

KANGAR, 21 Mac  – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan  rakyat Perlis untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tanpa sebarang alasan untuk mengekang penularan COVID-19.

“Jangan bersifat degil dan ambil mudah kerana sikap ini akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat, negeri dan negara” , titah baginda dalam siaran media dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Dalam pelaksanaan akta baru ini rakyat masih boleh keluar bekerja bagi sektor berkepentingan dan boleh membeli makanan, barang keperluan, mendapatkan perubatan dan merentas negeri atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan yang terbaik dan berhemah dalam memastikan arahan dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia”, titah baginda.

Baginda bertitah bahawa seluruh rakyat harus memahami keperluan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini supaya keadaan negeri dan negara kita pulih dan bebas daripada penularan wabak COVID-19 secepat mungkin.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here