MAHB ambil inisiatif bagi tingkatkan keberkesanan PKP

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang mengendalikan 39 lapangan terbang di seluruh negara termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sedang mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengekang penyebaran COVID-19 di negara ini.

“Kami telah menyediakan alat pengimbas suhu di lapangan terbang dan memudahkan kakitangannya melakukan pemeriksaan suhu secara manual untuk semua penumpang antarabangsa yang tiba di Malaysia”, kata pengendali lapangan terbang itu.

Antara inisiatif yang telah dilakukan adalah membersihkan penyahkuman kemudahannya dan menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di seluruh lapangan terbang untuk mejamin kesihatan dan keselamatan para penumpang.

Insiatif lain yang telah dilaksanakan ialah membuat notis digital untuk meningkatkan kesedaran penumpang secara berperingkat dan mengamalkan penjarakan (social distancing) dengan meletakkan penanda jarak satu meter terutama di kawasan daftar masuk, imigresen dan kediaman kastam.

Penumpang yang menunjukkan tanda-tanda seperti demam, batuk atau sesak nafas segera dirujuk ke Hospital Sungai Buloh manakala penumpang tanpa gejala dihendaki melakukan kuarantin diri selama 14 hari.

MAHB memberi jaminan bahawa ia mempunyai kakitangan lapangan terbang yang mencukupi untuk memastikan tahap perkhidmatannya yang cekap dan berkesan.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here