Perkhidmatan hantar makanan bantu restoran berniaga

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu peniaga untuk menjalankan restorannya secara lancar walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuatkuasa di seluruh negara Malaysia dari 18 Mac hingga 31 Mac diseabkan penyebaran wabak COVID-19.

Beberapa pemilik restoran nasi kandar menyifatkan medium perniagaan menerusi servis penghantaran makanan dengan menggunakan foodpanda, GrabFood serta DeliveryEat demi membantu perniagaan masing-masing.

Pengurus Restoran Nasi Kandar Deens Maju, Mohamed Ismail Mohamed berkata perniagaan bermula seawal 12 tengah hari kerana tempahan menerusi GrabFood dibuka seawal 10.30 pagi bagi memudahkan orang ramai terutama pelanggan tetap.

“Hab penghantar kami menyediakan pencuci tangan pembasmi kuman dan penutup hidung serta mulut kepada penghantar dan diminta mencuci tangan setiap dua jam selepas membuat penghantaran,” katanya.

Penghantar makanan GrabFood, Mohd Faiz Johan berkata beliau memperoleh pendapatan sebanyak RM170 pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan kerana trafik bergiat lancar pada hari itu. Hal ini memudahkan pemandu untuk pergerakan dan mempercepatkan masa penghantaran.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan, penghantaran makanan sepenuh masa adalah antara 17 hingga 20 perjalanan setiap hari”, jelasnya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here