KKMM ambil tindakan terhadap penyebaran berita tidak sahih

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)  mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran berita palsu, sehingga menimbulkan kekeliruan orang awam semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Datuk Saifuddin Abdullah  berkata, sejumlah 42 kes sedang disiasat dengan 13 kertas siasatan telah dibuka, dan enam daripadanya telah mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Tindakan itu dibuat menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pihak polis, katanya menerusi laman Twitter rasminya.

Saifuddin berkata sesiapa yang menimbulkan ketakutan kepada mana-mana golongan awam, hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

“Sesiapa yang menyebarkan kandungan bersifat lucah, palsu & mengancam orang lain, kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998”, jelas Saifuddin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here