Teleport jadi keutamaan logistik penghantaran bekalan perubatan

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Penghantaran bantuan perubatan serta peralatan perlindungan kepada hospital atau responden kecemasan barisan depan, menjadi keutamaan Teleport yang merupakan platform logistik dan kargo AirAsia.

Ini memandangkan Malaysia dan negara lain, sedang mengenakan sekatan perjalanan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak.

Walaupun Teleport masih beroperasi seperti biasa, syarikat logistik itu turut mempunyai keutamaan, khususnya dalam tempoh yang sukar ini.

“Bekalan perubatan semakin berkurangan di seluruh dunia dan kami mahu memastikan ianya dihantar kepada kakitangan barisan depan di rantau ini kerana mereka amat memerlukannya”, katanya.

“Matlamat kami adalah untuk kekal dalam teras rangkaian domestik dan antarabangsa kami dengan mengangkut kargo hanya melalui pesawat penumpang supaya kami dapat menampung keperluan kargo dan e-dagang. Kami mahu memainkan peranan kami,” jelasnya.

Teleport, yang dimiliki sepenuhnya oleh AirAsia Group Bhd, bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan Kumpulan AirAsia bagi memenuhi keperluan logistik di rantau ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here