ATM akan guna dron, UAV pantau PKP

KUALA LUMPUR, 23 MAC – ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sebagai usaha membendung wabak Covid-19.

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata perkara tersebut telah dibincangkan dengan industri tempatan bagi meningkatkan jumlah alatan teknologi dron dan UAV yang akan diguna pakai.

Affendi turut menyatakan menerusi penggunaan teknologi tersebut, ia akan menambah baik dari sudut pemantauan. ATM komited dalam melakukan tugas dan mencapai objektif Perintah Kawalan Pergerakan, selain bersedia untuk menambah bilangan anggotanya yang perlu.

Affendi memaklumkan seramai 7,500 anggota ATM di seluruh negara merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu laut, udara dan darat diatur gerak setiap hari bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here