Dua pegawai, 3 anggota polis Sabah dikuarantin : Covid-19

KOTA KINABALU, 23 Mac – Lima anggota polis dan dua pegawai berpangkat inspektor dikuarantin di rumah masing-masing selepas berurusan dengan seorang lelaki yang telah dijangkiti COVID-19 di Balai Ranau, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata kelima-lima anggota polis berkenaan telah diarahkan oleh doktor untuk menjalani saringan kesihatan di Hospital Ranau dua hari lalu.

“Doktor mengarahkan supaya mereka semua menjalani kuarantin di kediaman masing-masing selama 14 hari, walaupun tidak ada sebarang tanda-tanda positif” katanya.

Zaini berkata pihaknya mengambil berat soal keselamatan dan kesihatan pegawai serta anggota yang bertugas di lapangan.

Sementara itu, Zaini berkata semua berjalan dengan lancar di Sabah apabila mengulas mengenai pelaksanaan sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut disertai pasukan tentera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here