KUALA LUMPUR, 23 MAC – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari menyebabkan perkhidmatan penghantaran barang runcit dalam talian digantung buat sementara waktu.
Pasar raya tempatan merekodkan lonjakan dalam pesanan, menyebabkan mereka menggantung perkhidmatan penghantaran dalam talian buat sementara waktu sehingga notis selanjutnya.
Rangkaian pasar raya, Jaya Grocer berkata, penambahan semula stok barangan menjadi keutamaan syarikat itu.
“Kami sedang menghadapi peningkatan yang besar dalam pesanan membabitkan perkhidmatan penghantaran dalam talian dan kami faham sebahagian daripada pelanggan mungkin mengalami pengalaman membeli-belah dalam talian yang kurang memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan.
“Peningkatan ini adalah besar, tetapi kami sudah berjaya menambah pasukan penghantaran dan kapasiti kami. kami juga dapat menambah bilangan kenderaan untuk memenuhi ketepatan masa penghantaran yang dijangka oleh pelanggan”, jelasnya.