Pintu sempadan Malaysia-Thailand ditutup

ALOR SETAR, 23 MAC – SEMUA pintu sempadan darat dan air antara Malaysia dan Thailand ditutup sementara kepada orang ramai mulai pagi ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Zuhair Jamaludin, berkata ia berikutan langkah kerajaan Thailand melarang semua warganya dan warga asing keluar atau masuk ke negara itu. Namun, perjalanan melalui udara masih dibenarkan masuk dan keluar melalui negara itu.

“Rakyat Thailand di Malaysia yang mahu pulang ke negara mereka hanya dibenarkan menggunakan laluan udara sahaja dan begitu juga rakyat Malaysia yang berada di sana”, jelasnya.

“Arahan ini mula berkuatkuasa mulai pagi hari ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar.

Bagaimanapun pergerakan barang masih dibenarkan melalui lima pintu sempadan yang wilayahnya bersempadan dengan Malaysia.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here