Enam kereta musnah terbakar

JOHOR BAHRU, 24 MAC – Enam buah kereta yang diletakkan sebaris musnah dalam satu kebakaran di pekarangan sebuah stor penyimpanan kenderaan berhampiran Petronas Jalan Skudai malam semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku kerana tiada sesiapa pun dalam bengkel tersebut, pada jam 10.45 malam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Nazarudin Ahmad Zainudin berkata, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dan sebauah Emergency Medical Rescue (EMRS) dihantar ke lokasi.

Beliau berkata, setibanya di lokasi didapati enam kereta sedang terbakar sebelum berjaya mengawal kebakaran daripada merebak termasuk menyelamatkan empat kereta lain dan sebuah pejabat yang terdapat dalam kawasan itu.

“Operasi tamat pada jam 11.37 malam. Bahagian forensik bomba sedang melakukan siasatan dan sekiranya kejadian tersebut mempunyai unsur jenayah, kes berkenaan akan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here