PUTRAJAYA, 24 Mac – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan berjumlah RM5 juta daripada lima syarikat korporat untuk Tabung COVID-19.
Jumlah terkumpul Tabung COVID-19 kini sebanyak RM8.125 juta tidak termasuk barangan yang diterima.
Selain wang tunai, Perdana Menteri turut menerima sumbangan berupa 520,000 penutup hidung dan mulut daripada Titijaya Land Berhad untuk diberi kepada petugas barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19.
Antara yang menyampaikan sumbangan pada hari ini ialah :
- Spanco Sdn Bhd – RM2 juta.
2. DRB Hicom Berhad – Replika cek RM1 juta
3. MMC Corporation Berhad – RM1 juta
4. YTL Corporation Berhad – RM1 juta dengan replika cek
Tabung COVID-19 dilancarkan kerajaan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.