Sabah tangguh aktiviti solat di masjid, surau – PKP

KOTA KINABALU, 24 Mac – Sabah akan menangguh aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di setiap masjid serta surau di seluruh negeri sehingga 31 Mac ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa ketika ini.

Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata, penangguhan itu ditetapkan sehingga tempoh  31 Mac, berdasarkan situasi terkini wabak COVID-19 yang semakin kritikal dengan penambahan pesakit setiap hari di Sabah.

“Keputusan ini akan melibatkan penangguhan solat Jumaat pada 27 Mac 2020. Ahli Qaryah wajib solat fardu zuhur di tempat kediaman masing-masing pada tarikh berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bungsu berkata umat Islam di Sabah hendaklah merujuk garis panduan yang pernah dikeluarkan sebelum ini iaitu ‘Irsyad Mengenai Garis Panduan Masjid dan Surau Sepanjang Tempoh Penangguhan Solat Jumaat, Berjemaah dan Aktivitinya’ dan garis panduan lain yang dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Umat Islam Sabah juga diingatkan untuk sentiasa mengambil langkah keselamatan mengikut saranan dan garis panduan ditetapkan KKM, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here