Aktiviti pembekalan makanan, pemasaran akan terus beroperasi

KUALA LUMPUR, 25 MAC – Aktiviti pembekalan makanan dan e-dagang merangkumi pengeluaran bahan makanan, peruncitan, pembungkusan, pengedaran, pemborongan, pusat pengedaran dan pengeluar bahan mentah dibenarkan untuk terus beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang menyokong rantaian bekalan dan pemasaran serta e-dagang bagi pembekalan bahan makanan serta keperluan juga akan terus dibenarkan beroperasi.

“Rakyat Malaysia tidak perlu membuat pembelian panik atau berlebihan sebaliknya mengamalkan ciri-ciri pengguna bestari serta melaksanakan pembelian terancang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa yang sama, pihak industri diingatkan agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan COVID-19 semasa aktiviti urusniaga berjalan seperti hanya pekerja bebas gejala dibenarkan memasuki premis pekerjaan, mengamalkan jarakan sosial dan mencuci tangan dengan kerap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here