PUTRAJAYA , 25 MAC – Terdapat 172 kes baharu dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 1,796 kes, dan jumlah kematian menningkat menjadi 19 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 71 kes berkaitan dengan kluster perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling daripada 172 kes baharu yang dilaporkan hari ini.
“Manakala baki 101 kes masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini.
Dr Noor Hisham berkata sehingga kini sebanyak 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Setakat ini, terdapat 73 anggota kesihatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dikesan positif COVID-19. 47 kes daripada jumlah tersebut, didapati punca jangkitan adalah hadiran ke perhimpunan tabligh “, katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan itu mengulaskan seramai 1,895 anggota KKM telah menjalani ujian pengesahan, dan 1,187 orang adalah negatif manakala 708 lagi masih menunggu keputusan dan tiada yang dikesan positif.