COVID 19 : Sumbangan peralatan perubatan perlu ikut spesifikasi KKM

SHAH ALAM : Semua sumbangan peralatan, barang perubatan dan makanan yang ingin dihantar kepada pasukan barisan hadapan perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad Datuk Farshilla Emran berkata hal ini disebabkan, jika sumbangan peralatan perubatan tidak memenuhi kriteria itu, ia boleh mendedahkan warga kerja KKM kepada jangkitan virus COVID-19.

“Mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan, dinasihatkan untuk guna saluran yang betul. Kami dan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain menerusi inisiatif Rangkaian Tindak Balas Bencana (GDRN) mewujudkan tabung sumbangan untuk menyediakan peralatan perubatan ini”, katanya.

“Namun, saya amat berterima kasih dan menghargai semua penyumbang tetapi sumbangan kepada pasukan barisan hadapan perlu mengikuti spesifikasi seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), mesin ventilator dan juga penutup hidung mulut mesti 3 ply kerana jenis 1 ply atau 2 ply tidak sesuai dan tidak membantu dan mungkin menimbulkan masalah tertentu”, jelasnya lagi.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menyumbang boleh berhubung secara terus dengan Yayasan Hasanah bagi urusan sumbangan.

Beliau turut mengulaskan Yayasan Hasanah menyelaras semua sumbangan, manakala Pharmaniaga menguruskan logistik dan perolehan peralatan mengikut spesifikasi dan keperluan KKM yang memantau rapi keseluruhan operasi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here