Kes jenayah turun 70 peratus di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 25 MAC – Kadar indeks jenayah menurun sebanyak 70 peratus di seluruh negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata penjenayah ini mengambil kesempatan melakukan jenayah seperti kes pecah rumah dan mencuri motosikal, namun kami dapat mengesan mereka melalui sekatan jalan raya.

“Apabila mereka nampak polis buat sekatan jalan raya mereka berpatah balik dan akhirnya merempuh sekatan jalan raya yang dibuat,” katanya.

Abdul Hamid berkata seramai 46,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan di seluruh negara untuk membuat sekatan jalan raya, rondaan motosikal, pemeriksaan di premis kunjungan orang ramai serta menghebahkan maklumat berkaitan pelaksanaan PKP.

Abdul Hamid berkata tahap pematuhan masyarakat berhubung pelaksanaan PKP semakin hari semakin meningkat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here