Usaha murni tiga sahabat bantu petugas barisan hadapan

IPOH, 25 Mac – Tiga sahabat mengambil inisiatif menyediakan makanan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan dalam situasi yang mencabar akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Tiga sahabat tersebut ialah peniaga, Mohd Hussin Pak Wan, 60; pengusaha restoran, Azlan Mohamed Saaid; dan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ipoh Barat, Mohammad Iskandar Abdul Rahman.

“Beberapa pihak tampil memberi pelbagai bentuk sumbangan, termasuk kewangan serta bahan mentah, untuk dimasak apabila mula sumbangan daripada ahli-ahli kumpulan WhatsApp ‘Iskandar Polo Club Endurance Team’,”kata Mohd Hussin.

Mereka memasak 150 bungkusan makanan di sebuah restoran Simpang 3 untuk diagihkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, 50 bungkus untuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan 200 bungkus untuk penduduk di Flat Ashby Road pada Isnin yang lalu.

Pihaknya meminta hanya wakil datang mengambil bungkusan makanan untuk memastikan penjarakan sosial dan mereka juga memakai penutup hidung dan mulut, serta sarung tangan, bagi memastikan kebersihan kawasan dapur.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here