COVID-19 : Malaysia catatkan 23 kematian, 235 kes positif baharu

PUTRAJAYA , 26 MAC 2020: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat empat lagi kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 23 kes.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Khamis, terdapat 235 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 2,031 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, berdasarkan siasatan awal, daripada 235 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 60 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling manakala baki 175 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan denga

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada Khamis.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 215 kes,” katanya.

Beliau berkata, setakat 12 tengah hari Khamis, terdapat 80 anggota kesihatan KKM dikesan positif penyakit COVID-19. Daripada jumlah tersebut, seramai 39 anggota adalah dari kejadian kluster di Hospital Teluk Intan, Perak.

“Mengambil kira situasi semasa, KKM telah menetapkan agar semua anggota kesihatan dan anggota sokongan Hospital Teluk Intan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di hospital tersebut,” tambah beliau lagi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here