DPMM, MTEM saran kerajaan hidupkan Pusat Bantuan Makanan : PKP

KUALA LUMPUR, 26 MAC – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM) menyarankan kerajaan untuk menghidupkan Pusat Bantuan Makanan bagi membantu orang ramai yang terjejas dan tiada punca pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam hal ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh bekerjasama dengan pihak pertubuhan penduduk setempat untuk urusan mengenal pasti keluarga terbabit yang layak dibantu Pusat Bantuan Makanan”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, kedua-dua NGO itu turut mencadangkan kerajaan supaya menyediakan insentif khas untuk membela nasib peniaga kecil atau terus membenarkan gerai-gerai kecil dan penjaja beroperasi.

DPMM dan MTEM juga menyarankan supaya kerajaan dapat memberi lebih bantuan wang tunai kepada Golongan B40 melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) dan menunda segala tindakan undang-undang yang bakal berlaku kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here