14 lelaki direman langgar PKP

KOTA BHARU, 27 Mac : Seramai 14 lelaki ditahan selepas melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar daerah ini.

Ini termasuk 14 lelaki berusia antara 17 hingga 40 tahun, di Kota Bharu, Kelantan, yang direman antara tiga dan empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan, selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Kesemua individu berkenaan dikesan melakukan kesalahan di Jalan Wakaf Mek Zainab, kawasan Kubang Kerian, Melor dan Binjai.

Mereka direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan Perintah Kawalan Pergerakan, dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Difahamkan kesemua individu berkenaan ditahan di beberapa lokasi di negeri ini, selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac hingga 14 April depan.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here