Industri runcit tempatan jejas teruk akibat PKP

KUALA LUMPUR : Industri runcit tempatan terjejas teruk dengan impak penularan Covid-19 dengan menyaksikan jualan jatuh 60 peratus pada Februari 2020.

Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) berkata jualan akan terus menyusut sebanyak 90 peratus pada Mac 2020 berikutan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan virus berkenaan yang lebih serius di negara ini.

Justeru, persatuan itu mengharap kerajaan akan tampil dengan pakej rangsangan tambahan yang mampu memulihkan semula ekonomi dan perniagaan dengan pantas.

“Beberapa peruncit dan kedai mungkin tidak dibuka semula selepas 14 April 2020 berikutan kekurangan sumber, tiada pendapatan sepanjang tempoh PKP. Pemberhentian kakitangan dan pembuangan pekerja mungkin ada apabila berlaku situasi ini”, jelasnya.

“Kerajaan perlu menyokong perniagaan dan pekerja secara kewangan, dan pemilik pusat membeli-belah perlu memberikan sewa percuma ketika PKP dan beberapa rebat sewa selepas itu supaya pemulihan pantas kerana struktur ekonomi seperti kecairan, perniagaan dan pekerjaan kekal utuh”, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here